Search blog.co.uk

  • 6 November 2009

    Semakin hari semakin seronok aku menulis disini. Walaupun rasanya tiada siapa yang membaca. Cukuplah sekadar menjadi tempat aku bersembang. Walaupun tidak mendapat balasan. Aku rasa lebih bebas menaip disini. Haha.

    Aku sering berangan-angan ingin pergi ke padang rumput yang luas seluas pandangan mata. Ingin mengambil foto di sana. Tapi tak tahu lah bila boleh jumpa tempat seperti itu.

    Sudah 3 pagi waktu Russia namun aku masih belum rasa mahu join kawan-kawan lain yang sudah lama terlelap. Sudah jumpa puteri-puteri mereka di dalam mimpi. Haha.

    Rasanya hidup ini dipenuhi dengan benda yang tak dijangka. Itu yang membuatkan hidup ini indah. Kerana kita tidak tahu apa yang ada di depan. Kerana kalau sudah tahu apa yang ada di depan pasti hidup terasa lebih bosan . Apa yang boleh dilakukan adalah menjadikan apa yang di belakang sebagai sandaran dan panduan untuk menempuh apa yang ada di hadapan.

    Aku juga berfikir-fikir tentang diriku kebelakangan ini. Kadang-kadang aku rasa aku suka mencari kawan baru sehingga lupa bahawa dulu aku mempunyai kawan2 yang baik dan mereka selalui mewarnai duniaku.

    Tiba sudah rasanya masa untuk aku pula terlelap. Bye2.

  • 5 November 2009

    Selasa malam Rabu hari lepas 2 orang senior ku datang melawat hostel kami. Ebi dan Sep. Bagus juga mereka datang , takde la sunyi sepi sangat cuti-cuti ni. Selasa aku memang cuti tiada lecture. Manakala Rabu Russia ada Unity Day jadi dapat cuti juga.

    Malam tu kami bersama-sama tengok bola di bilik Jimmy (Seniorku thn 2) . Best rasanya dapat tengok bola beramai-ramai. Malam tu juga kami dijemput makan oleh rakan-rakan sebelah bilik Jimmy (padahal bukan di jemput pun). Jadi tak payah la susah2 nak masak malam tu.

    Setelah habis tengok AC Milan lawan Real Madrid kami pun pulang ke bilik bersama senior2. Sampai 4 pagi aku menyiapkan kerja Geometri . Terima kasih banyak kepada Ebi yang setia menjadi lecturer kami bagi menyiapkan kerja.

    Pagi Rabu kerana malas nak masak sarapan kami pun pergi la ke Restoran untuk sarapan. Selesai sarapan
    aku bersama Pejo , Mat dan Jimmy terus bergegas pulang untuk bersiap nak pergi main futsal. Keluar je dari Zal (Dewan dalam bahasa Russia) futsal aku seronok. Ini kali ke-2 aku merasai salji turun. Kami berjalan 5 orang balik semula ke hostel. Jalan sambil diam. Semua melayan perasaan masing-masing. Senja terasa indah disirami salji.

    Sampai je hostel aku terus mandi. Kepala mula rasa pening. Basan rasa tak sedap. Aku rasa seperti nak demam. Malam tu aku tidur awal. Perlawanan bola semua aku tinggalkan. Tak larat nak tengok. Bila ku sedar dari tidur , Alhamdulillah , syukur kepada ALLAH. Sudah rasa sihat dan bersemangat. Tiba masanya aku ke kelas. Bye2.

  • 31 Oktober 2009

    Kepala ku masih terasa pening ketika aku membuka mata dari lenaku. Ku tatap lukisan yang Maha Esa diluar tingkap. Kelihatan lopak-lopak air yang masih membeku disana sini. Di luar sana pasti sejuk seperti semalam . Aku mengambil keputusan untuk menghabiskan kerja di dalam bilik sahaja. Tidak tahan sejuk.

    Hari ini merupakan hari jadi kakakku. Kakakku hari jadinya sama bulan denganku yang berbeza cuma hari. Kakakku di hujung bulan dan aku di awal bulan. Aku masih lagi belum mengucapkan apa-apa kepadanya. Mungkin ucapan melalui facebook sahaja. Nak bagi hadiah pun tak kesampaian.

    Selesai solat subuh tadi aku terus keluarkan bahan-bahan untuk memasak . Aku rasa kepala ku mungkin pening kerana tidak menjamah makanan di tambah suasana sejuk yang melampau. Semalam semasa pergi ke masjid terasa begitu sejuk sungguhpun aku pakai sehingga 3 lapis. Balik dari masjid sudah rasa tidak sedap badan. Aku hanya buat satu soalan Matematik dan kemudian terus hilang dalam mimpi. Sudah tiba masanya nak wish kakakku . Harap hari ini aku lebih sihat. Permudahkan Ya ALLAH!

  • 25 Oktober 2009

    6.30 Pagi waktu Russia

    Pagi ini aku terasa lapang dan selesa. Mungkin kerana hari ini aku dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di MALAYSIA. Pagi tadi semasa aku bangun tidur pada pukul empat aku sempat berbicara dengan ibu dan ayah tersayang di tanah air. Mendengar suara ibu pun sudah membuatkan hatiku sedikit selesa. Banyak juga yang aku sembangkan dengan mereka. Tentang adik-adikku , tentang kakakku yang ingin menyambung pembelajaran. Aku juga gembira dapat bercerita kepada ibu keadaanku disini. Tentang cuaca , tentang belajar dan kehidupanku hari-hari.

    Aku juga berbual dengan Abang Anas. Orang muda baru nak kahwin. Hehe. Berborak sakan. Katanya ada 3 pasang baju untuk perkahwinan. Sayangnya aku tak dapat hadiri majlisnya. Apakah daya , hati ingin pergi namun situasi tidak mengizinkan. Aku ada peperiksaan bulan 12 ni , cuma tarikhnya belum di ketahui lagi.

    Hati ku selesa pagi ini berbanding pagi-pagi sebelum ini. Mungkin kerja-kerja yang diberikan banyak yang telah aku lakukan meringankan sedikit kepala dan fikiranku. Aku ingin sahaja rilek seperti rakan-rakan yang lain. Tetapi aku takut. Mungkin kejayaan ku ALLAH kurniakan dengan sebab usaha bukan kerana kepandaian .

    Siang tadi juga aku berkesempatan chatting dengan Abu Asri. Best Friend forever ku di sekolah. Memang best sungguh kalau dapat bersembang ngan dia. Kalau dapat jumpa lagi la best. Terubat juga rindu sedikit dapat tengok webcam dia.

    Terima kasih kepada ibuku yang mengirim bekalan makanan . Hehe. Pagi ini aku sarapaan Mee Sedap la.
    Petang nanti insyaALLAH kalau panjang umur bolehlah aku bermain futsal di Universiti. Terima kasih kepada Abang Naqib dan abang-abang senior yang lain kerana menganjurkan futsal sebagai aktiviti mingguan. Dapat la juga berekreasi dan berinteraksi. Dari terperap dalam bilik di hujung minggu mengadap komputer. Ok Mee Sedap dah siap. Makan dulu.

  • 7 October 2009

    4.14 a.m Waktu Russia

    Sudah lewat pagi. Namun aku masih disini. Mengadap laptop. Macam-macam perkara bermain di fikiranku. Terutamanya hal2 pelajaran. Agak susah belajar kalau tak dapat tangkap penerangan dari lecturer. Study material sendiri memang agak memberatkan. Namun aku cuba dan terus cuba. InsyaALLAH slow2 lama-lama akan dapat juga.

    Bilikku sudah senyap. Cuma kedengaran dengkuran roomate ku diselangi bunyi heater. Melodi malam ini. Esok aku cuma ada 1 kelas . Itu pun pukul 3 pagi. Tapi itu bukan alasan untuk rilek. Minggu ni banyak test rasanya. Membuatkan aku kerisauan.

    Kadang-kadang aku rasa aku banyak membazir masa. Akan ku cuba isi masa sebaiknya lepas ni. Buat jadual lebih baik rasanya. Agar lebih tersusun. Lebih teratur. Lebih kemas. Akan ku cuba.

    Tamat 4.22 a.m

  • 25 September 2009

    Hujan renyai2 di airport Vnukavo. Aku sudah penat. Semalaman tak tidur. Setelah selesai melepasi security check aku bersama mujus dan wangem terus bergegas ke gate 7. Makcik di pintu gate memeriksa boarding pass ku . “Shesto dvadsad pervoi” . Lajunya aku sudah mula pening.Tak dapat tangkap. Ah..masuk bas 621 ar.Aku lihat kawan2ku sudah berada dalam bas. Sardinnya bus ni. Sampai pula ke tangga untuk menaiki flight. Ramainya orang beratur. Hujan terus turun membasahi bumi Moscow. Aku menanti-nanti giliran akhirnya Berjaya juga aku pijak tangga flight. Ah..sudah basah baju.Sebelum aku masuk sempat aku menoleh kebelakang. Dataran airport disirami hujan. Moscow. Vnukavo. Disinilah akhirnya. Aku akan meninggalkan Moscow.

    Aku melihat boarding pass. 21D. Ku toleh kanan . Mencari sama ada D adalah Window seat. Kecewa rasanya tak ada D. Ku Lihat kiri . Argh. Aku betul2 kecewa. Tak dapat window seat. Sambil jalan ku lihat kawanku. Aa..dia dapat window seat. Aku buat isyarat nak tukar seat. Dia jelir lidah. Aku bertambah kecewa. Seatku jauh di belakang.

    Kelihatan seorang gadis ditengah . “Privet” sapa ku. Saje meramahkan diri. Tapi aku tak larat nak cakap banyak. Kepala sudah berat.Dia bertanya akan seatku aku menjawab pendek seatku dihujung . Jauh dari tingkap pesawat.Semasa kapal terbang nak naik berat terasa bertambah. Semua mata melihat keluar tingkap. Aku melihat dari jauh. Subhanallah lawanya. Kali ke -3 aku naik flight masih tak dapat window seat.

    Saat kapal terbang memusing ke kanan dan kekiri aku dapat lihat jelas daratan. Rumah2 kelihatan kecil. Indah. Semakin lama kapal naik ku lihat awan putih langit biru. Akhirnya tinggal putih dan sayap pesawat saje yang kelihatan. Kepala aku semakin pening. Rasanya sebab hujan tadi kepala ku terasa panas.

    Kawanku minta kamera. Aku dengar saja dia snap gambar dari tingkapnya ke luar. Hati ku kecewa. Aku penat nak ambil laptop ke tidak. Kalau tidur je bosan pulak. Last2 ku ambil juga laptop sekadar mencatat apa yang aku alami hari ini. Dua orang gadis di sebelah ku terus membelek majalah. Aku terus menaip. Kepala ku terasa makin panas.

    Sambil menaip aku cuba tidur sambil memikirkan semula perjalanan ku di Moscow. MAI , Embassy , Jalan2 , kawan2 di Moscow. Aku semakin tak larat. Aku mahu cuba melelapkan diri..sambil kepala terasa semakin panas….

  • 19 September 2009

    3.38 a.m (Waktu Russia)
    Malam ini aku study kimia berseorangan. Sebagai selingan bagi menghilangkan rasa mengantuk aku buka folder2 lama. Melihat gambar-gambar sewaktu aku sekolah menengah dan ketika aku cuti selepas SPM. Aku tonton semula rakaman video dahulu. Saat aku menaiki train bersama rakan2 balik ke Kuala Lumpur. Bersama Abu , Afif , Hilmi Razak , Izzat Ibrahim , dan Zawawi. Berpisah dengan Matnip di Alor Star. Mandi di kondominium Ahmad Saje. Ahh…bestnya masa dulu. Aku rasa aku masih hidup dalam memori lama. Mengapa sukar betul untuk teruskan hidup tanpa menoleh ke belakang? Aku masih merindui mereka dan saat bersama mereka.

Recent posts
Recent comments

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.