6.30 Pagi waktu Russia
Pagi ini aku terasa lapang dan selesa. Mungkin kerana hari ini aku dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di MALAYSIA. Pagi tadi semasa aku bangun tidur pada pukul empat aku sempat berbicara dengan ibu dan ayah tersayang di tanah air. Mendengar suara ibu pun sudah membuatkan hatiku sedikit selesa. Banyak juga yang aku sembangkan dengan mereka. Tentang adik-adikku , tentang kakakku yang ingin menyambung pembelajaran. Aku juga gembira dapat bercerita kepada ibu keadaanku disini. Tentang cuaca , tentang belajar dan kehidupanku hari-hari.
Aku juga berbual dengan Abang Anas. Orang muda baru nak kahwin. Hehe. Berborak sakan. Katanya ada 3 pasang baju untuk perkahwinan. Sayangnya aku tak dapat hadiri majlisnya. Apakah daya , hati ingin pergi namun situasi tidak mengizinkan. Aku ada peperiksaan bulan 12 ni , cuma tarikhnya belum di ketahui lagi.
Hati ku selesa pagi ini berbanding pagi-pagi sebelum ini. Mungkin kerja-kerja yang diberikan banyak yang telah aku lakukan meringankan sedikit kepala dan fikiranku. Aku ingin sahaja rilek seperti rakan-rakan yang lain. Tetapi aku takut. Mungkin kejayaan ku ALLAH kurniakan dengan sebab usaha bukan kerana kepandaian .
Siang tadi juga aku berkesempatan chatting dengan Abu Asri. Best Friend forever ku di sekolah. Memang best sungguh kalau dapat bersembang ngan dia. Kalau dapat jumpa lagi la best. Terubat juga rindu sedikit dapat tengok webcam dia.
Terima kasih kepada ibuku yang mengirim bekalan makanan . Hehe. Pagi ini aku sarapaan Mee Sedap la.
Petang nanti insyaALLAH kalau panjang umur bolehlah aku bermain futsal di Universiti. Terima kasih kepada Abang Naqib dan abang-abang senior yang lain kerana menganjurkan futsal sebagai aktiviti mingguan. Dapat la juga berekreasi dan berinteraksi. Dari terperap dalam bilik di hujung minggu mengadap komputer. Ok Mee Sedap dah siap. Makan dulu.
