Semakin hari semakin seronok aku menulis disini. Walaupun rasanya tiada siapa yang membaca. Cukuplah sekadar menjadi tempat aku bersembang. Walaupun tidak mendapat balasan. Aku rasa lebih bebas menaip disini. Haha.

Aku sering berangan-angan ingin pergi ke padang rumput yang luas seluas pandangan mata. Ingin mengambil foto di sana. Tapi tak tahu lah bila boleh jumpa tempat seperti itu.

Sudah 3 pagi waktu Russia namun aku masih belum rasa mahu join kawan-kawan lain yang sudah lama terlelap. Sudah jumpa puteri-puteri mereka di dalam mimpi. Haha.

Rasanya hidup ini dipenuhi dengan benda yang tak dijangka. Itu yang membuatkan hidup ini indah. Kerana kita tidak tahu apa yang ada di depan. Kerana kalau sudah tahu apa yang ada di depan pasti hidup terasa lebih bosan . Apa yang boleh dilakukan adalah menjadikan apa yang di belakang sebagai sandaran dan panduan untuk menempuh apa yang ada di hadapan.

Aku juga berfikir-fikir tentang diriku kebelakangan ini. Kadang-kadang aku rasa aku suka mencari kawan baru sehingga lupa bahawa dulu aku mempunyai kawan2 yang baik dan mereka selalui mewarnai duniaku.

Tiba sudah rasanya masa untuk aku pula terlelap. Bye2.